GAYONG 2

GAYONG 2 berkisar setelah empayar Jepun mengaku kekalahan dalam Perang Dunia ke -2, Meor kembali ke Singapura bersama keluarganya pada 1950. Meor yang bekerja sebagai CID dengan pasukan polis Singapura, menyedari kepincangan dalam pentadbiran tertinggi pasukannya dan bertekad berjanji untuk membasmi jenayah dan menegakkan keadilan. Sebagai seorang nationalis yang tahu bahawa rasuah akan membinasakan negara dan masyarakat, maka Meor mengambil risiko yang sangat besar untuk menjalankan siasatan ke atas seorang ketua polis British bernama Malcom. Beliau menerima habuan wang yang besar dari sebuah kumpulan kongsi gelap cina yang sangat digeruni bergelar Kumpulan Harimau. Dalam menjalankan tugas pembanterasan aktiviti itu, Meor diuji dengan dilema antara tanggungjawab dan keluarga apabila anak dan isterinya diculik dan diugut bunuh jika Meor tidak menghentikan "gangguan" terhadap kumpulan kongsi gelap itu.


Sorry, there are no showtimes available for this cinema.
Please select a different location or contact our box office for more information.



Please select a cinema to continue.

Loading...